Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah, akhirnya semalam dapat confirmation dari pihak Aspetar yang flight saya ke Doha dah confirm minggu depan. Saya akan berangkat dari KLIA pada 14/2/2012 (hari birthday isteri tercinta pulak tu). Flight pukul 10.10am dan dijangka sampai dibumi Qatar pada pkl 12.55pm (waktu Doha). Penerbangan akan ambik masa 7 jam 45 minit (kurang2nya lebih singkat waktunya dari penerbangan ke Dublin dan Paris yg pernah saya naik dulu, 15jam dalam kapal terbang).

Saya akan naik dengan Qatar Airways, first time naik dengan syarikat ni. Hopefully selesa la.


Syarikat dah tetapkan saya akan berada di Doha sehingga hari Sabtu (18/2/2012) hampir 5 hari disana, 2 hari just for interview jer. 1st day ngan Finance Department, 2nd day ngan HR Department.


Aku doakan proses interview aku ini akan berjalan dengan lancar. Moga perjalanan hidup aku ini sentiasa mendapat perlindungan dan keredhaan Allah SWT. Insyallah. Amin.

No comments:

Post a Comment